Thursday, September 5, 2013

SHAKLEE

sudah lama x berbloging...sejak2 sibuk ngn facebooking....hehe...

arini just nak declace sebagai pengedar SHAKLEE yang sah dengan id 933890...

sesiapa yang berminat dengan produk2 shaklee...boleh pm kat facebook atau cntc sy..kita leh story mory ye.. :-)

hubungi saya:

izzah ismail
0199398162
www.facebook.com/TAV6162

Saturday, June 23, 2012

So sweet :-)


Wednesday, May 23, 2012

WARKAH BUAT BAKAL SUAMI

Warkah Buat Bakal Suami..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W Kekasih Istimewa…

Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”


Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …


copypaste:http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/26/warkah-cinta-buat-bakal-suamiku/

Wednesday, April 11, 2012

RENUNGAN

Kekadang Allah mematahkan semangat kita untuk menyelamatkan jiwa kita.
Kekadang Allah menghancurkan harapan kita untuk mengukuhkan jiwa kita.
Kekadang Allah kirimkan kesedihan pada diri kita untuk menguatkan jiwa kita.
Kekadang Allah hamparkan kesakitan pada diri kita untuk menjadikan kita lebih mengambil berat akan diri kita.
Kekadang Allah sampaikan kegagalan pada kita untuk menjadikan kita merendah diri didunia.
Dan kekadang Allah ambil sesuatu perkara dari hidup kita untuk mengajar kita akan erti menghargai dan nilai perkara itu kepada kita



Seandainya dirimu merasakan dirimu sudah lemah dan mulai berputus asa, ingatlah Allah Ta'ala..

Seandainya dirimu merasakan dirimu telah berdukacita dan mulai kecewa,
ingatlah Allah Ta'ala..

Seandainya dirimu merasakan dirimu telah tersilap dan bersalah hingga mulai rasa berdosa,
ingatlah Allah Ta'ala..

Seandainya dirimu merasakan dirimu telah keseorangan hingga tiada teman di dunia,
ingatlah Allah Ta'ala..

Seandainya dirimu merasakan dirimu masih tiada sesuatu pun didunia,
ingatlah Allah Ta'ala..

Seandainya dirimu merasakan dirimu telah hilang segala-galanya,
ingatlah Allah Ta'ala..

KETAHUILAH.. di saat segala keburukan menerpa kearahmu, segala musibah menimpa keatasmu.. ALLAH TA'ALA masih sentiasa bersama denganmu, kerana Dia sentiasa disisimu setiap ketika dan juga waktu.. Kerana Dialah Tuhanmu..

MAKA di saat hati dan jiwamu semakin lemah dengan pelbagai dugaan dunia yang melanda, kembalilah terus kepadaNya tanpa ada sedikitpun perasaan ingin menangguh atau menunda, kerana di saat itulah Dia ingin dirimu kembali kepadaNya... Jadi, janganlah ia dipersia-siakan begitu sahaja..



Kekadang kita tidak mahu kesilapan berlaku, namun ia tetap juga berlaku. Kita elakkanya dengan pelbagai cara, ia berlaku juga dengan cara yang tidak disangka-sangka. Bukan kita inginkan semua itu, namun Allah maha mengetahui kenapa ia harus berlaku.

Sesungguhnya kesilapan dan kesalahan yang terjadi, kekadang adalah teguran Allah Ta'ala terhadap diri kita sendiri, sebagai suatu tarbiyyah untuk kita agar menguatkan jiwa dan memperbaiki diri. Tinggalkan seketika perkara yang membuatkan kita selalu tersilap didunia ini, agar diri mampu benar-benar memahami dan mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan agar ia tidak berulang kembali.
(Belajarlah dari pengalaman)

Credit to Dhiya'ul Islam

Saturday, November 26, 2011

tahniah...

untuk dia yang pernah bergelar sahabat....tahniah n smg dipermudahkan Allah semua urusan...

Saturday, January 22, 2011

....:-)

Allah always does things right...His way is ALWAYS the best way...even if to us it seems all wrong. If you asked Allah for one thing and received another... you can sure that He will always give u that u need at the appropriate time....

What u want...is not always u needed....Allah never fails to grant our petition...so keep on going.....

IZZAH : tabahlah duhai hati..dalam setiap yg berlaku....

Monday, October 11, 2010

kebaikan....keikhlasan

Kalau kau menanam kebaikan, maka siramilah ia dengan keikhlasan agar ia membuahkan kebahagiaan... Kekecewaan hanyalah menjadi Ratapan... Akan tetapi, Kebahagiaan itu menjadi Buruan... Penantian Satu Penyeksaan... Biar impian jadi kenyataan, jangan ia jadi papan kenyataan yg penuh dgn nota2 impian.. Jangan lupakan hari semlm, semlm adalah pmulaan hari ini, tp jgn sampai hari semlm yg pahit, meracuni kegembiraan hari ini.." Renung2kan bsama (=^_~=)